CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »


Thursday, April 8, 2010

10 SEBAB KENAPA MESTI MINUN ALOE VERA

1. MEMBINA BADAN YANG KUAT - Menganduingi 18 jenis asid amino, termasuk 7 asid amino perlu yang tidak boleh
dihasilkan oleh badan. Asid amino adalah blok binaan bagi membina badan.

2. SIFAT ANTI-KERADANGAN
- Gel Aloe Vera mengandungi 12 unsur semulajadi yang dapat menghalang keradangan
tanpa kesan sampingan, dengan demikian membantu melegakan keradangan akibat calar, luka kecil, luka terbakar dan
keradangan lain.

3. VITAMIN SEMULA JADI
- Mengandungi vitamin yang diperlukan dalam diet harian kita termasuk vitamin B12, asid folik,
niasin, B6, B2, B1, C, E dan A.

4. MINERAL SURIH
- Mengandungi 20 mineral semula jadi termasuk kromium, magnesium, mangan, kuprum dan zink.

5. PEMBAIKPULIHAN ELASTIN DAN KOLAGEN
- Gel Aloe Vera dapat menokok bekalan bahan-bahan binaan untuk
menghasilkan dan mengekalkan kulit yang sihat.


6. MENGAWALATUR BERAT BADAN DAN TAHAP TENAGA
- Secara semula jadi menggalakkan pembersihan sistem
penghadaman kita, dengan demikian meningkatkan tahap tenaga serta membantu mengekalkan berat badan yang sihat.

7. MENYOKONG DAN MENGGALAKKAN FUNGSI SISTEM IMUN
- Kandungan unsur-unsur perangsang imunnya dapat
membantu menggalakkan fungsi sistem imun kita.


8. MEMBANTU PENGHADAMAN
- Secara semula jadinya, gel Aloe Vera mempunyai keupayaan membersih, dengan
demikian membantu pergerakan usus dan meningkatkan penyerapan protein serta nutrien lain.

9. MELEGAKAN KESAKITAN
- Gel Aloe Vera meningkatkan fungsi fibroblas, iaitu sel yang membantu pembentukan kolagen
dan menolong melegakan kelecuran, luka dan calar serta kegatalan kulit.

10. KESIHATAN DAN KEBERSIHAN GIGI - Menggalakkan gusi dan mulut yang sihat. Satu kajian pada 2008 yang diterbitkan
dalam Journal Applied Oral Science mendapati bahawa aloe vera adalah lebih berkesan daripada dua jenama ubat gigi yang
utama. Menggabungkan penggunaan Forever Bright Toothgel dengan pengambilan Aloe Vera Gel berpontensi menyokong
kesihatan dan kebersihan mulut dan gigi anda.